Semalam....
terasa diri ini terlalu kerdil
terasa diri ini terlalu teruk
bagaikan tidak dipandang
segala usaha sebelumnya
yang pernah ku lakukan...
Hanya kerana pilihanku bukan untuk kursus itu
aku dianggap tidak profesional
dan seolah-olah aku tidak tahu memilih yang benar
Aku pilih kursus yang ilmunya belum ku tahu
Disamping menemani suami dan menimba ilmu baru
tapi aku dipersalahkan
aku dijadikan bahan cerita
seolah-olah aku selalu mengingkari arahan
Rasanya aku bagai seorang yang tidak dihargai
terasa dihina, dianiaya, diperkecilkan...
tapi kerana ada hati-hati busuk yang dengki
kerana ada yang tak tahu memberi pertimbangan
akhirnya terpaksalah aku terima anugerah
orang lain anugerah cemerlang
aku pula anugerah malang dipandang alang kepalang....
aduhai....
sedih... pedih...
segalanya ke terima
pasti ada hikmahnya....
Selasa, Jun 23, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan