Entahlah...
ntah penat badan.. ntah kosong jiwa
ntah memang sakit nak datang.. ntah saja cari penyakit
lama dah tak kena demam dan lelah...
Bila terkena di saat-saat hati gulana
bertambah-tambahlah sakitnya
sakit jiwa raga dibuatnya...
Terfikir juga...
bila jiwa kosong..
hati merana..
badan memang mudah lemah..
mudah diserang pelbagai penyakit..
.. sakit badan... sakit hati.. sakit jiwa...
bila tiada ketenangan
hidup jadi tidak keruan
bila dosa berterusan
doa sukar diterima
kena sedar itu semua...
tak semua yang difikirkan buruk
akan buruk semuanya
tak semua yang diimpikan indah
akan indah jadinya
Semua mungkin bergantung
pada apa yang difikirkan
pada apa yang diimpikan
pada apa yang diusahakan
pada apa yang didoakan....
Bila fikiran positif...
aura positif akan menyerap ke urat saraf
betullah..
berfikir positif
bertindak positif...
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
menguji teruji diuji
satu fasa mengenali diri sendiri
Buat apa sempitkan fikiran
menyesakkan kepala dengan yang bukan-bukan
merungsingkan hati tak sudah-sudah
hidup ini bukan lama mana
banyak lagi yang perlu difikirkan..
anak-anak...
yang nak exam tahun ni...
yang nak masuk sekolah tahun depan...
mereka lebih perlu diutamakan...
persoalan hati
persoalan perasaan
persoalan demi persoalan
jangan dipersoalkan lagi...
fikir positif...
fikir positif...
fikir positif...
usah dilayan hati yang merana
usah dilayan perasaan ntah ke mana
balik ke dunia sebenar...
Masa depan anak-anak..
Kerjaya yang ada...
Buktikan dengan kekuatan semangat
keteguhan iman
dan kepercayaan pada Allah
kelangsungan hidup perlu diteruskan
demi masa depan yang lebih bermakna...
Kembali sihatkan badan...segarkan minda.... tenangkan hati...
Moga ku temui erti sebenar ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan...
Hanya padaMu Tuhan ke berserah... segalanya...
*bersemangat kembali...
Khamis, Januari 29, 2009
Selasa, Januari 27, 2009
Bercuti sekeluarga Berseronok Semua ... aku cuma memendam rasa..
Kunjungan bonda dan adik-adik seakan menghilangkan gulana semalam
Singgah bermalam walau hanya semalam memenuhkan bantal dan tilam
Bersembang bercerita hingga ke larut malam
Sedar-sedar subuh menjelma memadam kelam malam
Bersiap semua ke KL medan destinasi
ke rumah adik berehat seketika sebelum beraksi
Ke Gulati's membeli kain untuk majlis resepsi
Jenuh memilih tak kira harga janji berkenan serasi
Berlibur ke Sunway Lagoon beramai-ramai sekeluarga
Masing-masing melayan anak-anak seronok bergembira
sambil mengambil kesempatan berdua bersama pasangan tercinta
cuma diriku saja terbiar berkelana terpinga-pinga
mencari erti keseronokan tidak kunjung tiba
terpaksa berpura ketawa menghilang hiba
bila sering dibiarkan sendiri seakan dipersia
hanya anak-anak dan adik-adik penghilang duka
rupanya mungkin di hati masih tersisa rasa membara
atau memang perasaannya tiada peka memahami jiwa
mengasingkan diri dariku terasa bagaiku tidak berharga
memang itulah yang ku rasa...
dari jauh ku lihat betapa bahagianya dia
bersama keluarga bercanda bersama
sedang aku melayan duka berpura semata
apa lagi yang mampu ku lakukan di depan mereka
hanya berpura... menahan hati menjeruk rasa....
tak tahu lah sampai bila....

Jumaat, Januari 23, 2009
Khamis, Januari 15, 2009
Yang dipanggil INGAT
Saling kita ingat mengingati...
Saling kita ingat mengingatkan
Saling kita teringat-ingat
Saling kita beringat-ingat
Ingatan setulus hati terus terpahat...
terus melekat...
terus mengikat...
Kita pun tahu...
Saling kita ingat mengingatkan
Saling kita teringat-ingat
Saling kita beringat-ingat
Ingatan setulus hati terus terpahat...
terus melekat...
terus mengikat...
Kita pun tahu...
Lama ku tinggalkan
Begitu lama membiarkan ruangan ini kosong tanpa sentuhan rasa dariku...
Bukan kerna tiada idea atau tiada cerita
Malahan dek kerana terlalu banyak cerita yang tidak terduga datang melanda
Menyebabkan diri tak terdaya menceritakannya
terlalu tertekan dengan pelbagai ujian dan dugaan
apatah lagi saat di ambang tahun baru
hati dilanda dibadai resah curiga
terguris hati memendam kecewa
saat yang sama hati dibuai kemesraan lama
mengoncang sungguh iman di dada
entah mengapa begitu bergelora
tak pernah disangka dan diduga
mungkin inilah ujianNya
menduga kekuatan hati, semangat dan iman
mengenalkan siapa aku di antara siapa-siapa.....
Hanya Tuhan yang tahu...

Langgan:
Ulasan (Atom)