Selasa, Disember 22, 2009

... seronok atuk datang ke rumah..
atuk memang payah nak diajak berjalan..
tapi sebab nak nengok mak balik haji ni..
dia pun teringin nak menyambut di KLIA..
bila dpt dtg awal.. dpt la bawa dia berjalan2...
bawa jalan ke Wetworld Pedas...
ronda2 ke bandar Seremban..
pergi makan piza kat Jusco...
nampak airmukanya seronok je..
maklum la dah lama tak keluar...
harap2 lepas ni.. nak la dia kalau diajak keluar berjalan..
tak la bosan kat rumah saja...
sayang mak... sayang atuk...
moga2 ada perubahan yang baik sempena Maal Hjijrah tahun ini...
moga2 berkat doa mak di Mekah itu membawa kebahagiaan utk kita sekeluarga...

Isnin, November 23, 2009

Tahniah anakku..NURSYAKIRAH BINTI ROSLAN di atas kejayaan mendapat 5A dlm UPSR tahun ini...
Katamu 'Miracle'...tapi ibu percaya pada usahamu dan doa semua yang menyayangimu... kejayaan ini tanda kemampuanmu.. namun usah lekas berpuashati... Kejayaan mahupun kegagalan bukan warisan dan tidak berkekalan... Semua itu adalah ujian... Menguji sama ada kita sentiasa bersyukur... menguji sama ada kita mudah leka...
Semoga kejayaan yang sekelumit ini akan membakar semangatmu untk lebih berusaha dengan gigih dan bersedia menghadapi alam remaja di sekolah menengah.... Cabaran dan dugaan lebih besar sentiasa menanti...

Sabtu, Oktober 24, 2009



Raya bersama untuk tahun ke 15...

Lan & Lin

Puasa berlalu sudah..
Lebaran berakhir sudah...
Ulangtahun dirai sudah...
Kerja dan kehidupan masih belum sudah...
...
Lama... lama sudah... berbulan-bulan...
Nak menulis sendiri tiada kesempatan
Masa yang ada sering kesempitan
Dihimpit tugasan dan acara harian
atau mungkin laman ini hanya sekadaran
sering kekosongan tiada perhatian
sesekali cuma mengisi kebosanan
melayan hati setelah penat seharian
esok-esok pun entah lah berkemampuan
mengisi catatan menulis perasaan
.....
sekadar adanya sahaja...

Isnin, Ogos 31, 2009


Teristimewa buat suamiku tercinta...


SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 44...

TEPAT PADA 31 OGOS 2009....


Moga dirahmati Allah..

diberkati... dipanjangkan umur... dimurahkan rezeki...

dimudahkan urusan.... sejahtera tubuh badan...


Ibu sayang sayang sangat kat abang...


Moga berjaya mencapai segala yang dicita-citakan....

Moga abang berbahagia selalu bersama kami....

isteri dan anak-anakmu....


Selamat Hari Ulangtahun sayang....

Salam Merdeka...!!!!
Merdeka...!!
Merdeka...!!!
Merdeka...!!!!

Merdeka daripada apa?
Hakikatnya merdeka lebih pada laungan semangat semata..
Penghayatan dan pengisian masih samar-samar belaka...
Penjajahan asing sudah tidak nampak secara fizikal
Tapi secara logik akal kita terjajah ekonomterkadang kelihatannya seperti mahluk asingi dan mental
masih menganggap orang asing, produk asing, pentadbiran asing semuanya terbaik...
Anak-anak muda terkadangnya kelihatan seperti makhluk asing
Terkinja-kinja, tersingsing-singsing, melenting-lenting
......
Apa makna merdeka sebenarnya?
Bebas...?
Kebebasan jangan kebabasan...
esok-esok...
kelemasan...?

Bersyukur Malaysia tanahairku kini MERDEKA sudah 52 tahun...
Bersyukurku kerana aku anak Malaysia...
Moga Allah memberkati tanahair ini dan rakyatnya yang bertaqwa kepadaNya...
Peliharailah kami dari segala malapetaka, bencana dan musibah....
Limpahilah kami hidayah dan petunjuk jalan yang benar...
Tetapkan iman kami....
Ampunilah kami....
aminnn...