Entahlah...
ntah penat badan.. ntah kosong jiwa
ntah memang sakit nak datang.. ntah saja cari penyakit
lama dah tak kena demam dan lelah...
Bila terkena di saat-saat hati gulana
bertambah-tambahlah sakitnya
sakit jiwa raga dibuatnya...
Terfikir juga...
bila jiwa kosong..
hati merana..
badan memang mudah lemah..
mudah diserang pelbagai penyakit..
.. sakit badan... sakit hati.. sakit jiwa...
bila tiada ketenangan
hidup jadi tidak keruan
bila dosa berterusan
doa sukar diterima
kena sedar itu semua...
tak semua yang difikirkan buruk
akan buruk semuanya
tak semua yang diimpikan indah
akan indah jadinya
Semua mungkin bergantung
pada apa yang difikirkan
pada apa yang diimpikan
pada apa yang diusahakan
pada apa yang didoakan....
Bila fikiran positif...
aura positif akan menyerap ke urat saraf
betullah..
berfikir positif
bertindak positif...
Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya
menguji teruji diuji
satu fasa mengenali diri sendiri
Buat apa sempitkan fikiran
menyesakkan kepala dengan yang bukan-bukan
merungsingkan hati tak sudah-sudah
hidup ini bukan lama mana
banyak lagi yang perlu difikirkan..
anak-anak...
yang nak exam tahun ni...
yang nak masuk sekolah tahun depan...
mereka lebih perlu diutamakan...
persoalan hati
persoalan perasaan
persoalan demi persoalan
jangan dipersoalkan lagi...
fikir positif...
fikir positif...
fikir positif...
usah dilayan hati yang merana
usah dilayan perasaan ntah ke mana
balik ke dunia sebenar...
Masa depan anak-anak..
Kerjaya yang ada...
Buktikan dengan kekuatan semangat
keteguhan iman
dan kepercayaan pada Allah
kelangsungan hidup perlu diteruskan
demi masa depan yang lebih bermakna...
Kembali sihatkan badan...segarkan minda.... tenangkan hati...
Moga ku temui erti sebenar ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan...
Hanya padaMu Tuhan ke berserah... segalanya...
*bersemangat kembali...
Khamis, Januari 29, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan