Sabtu, Disember 13, 2008

Bengkel Penulisan Kreatif -Cerpen

Syukur Alhamdullilah...
Aku diberi ruang dan peluang untuk meneguk secangkir ilmu
dari insan-insan yang berbakat dan berjaya dalam bidang penulisan
Sememangnya bidang penulisan adalah minatku dari zaman persekolahan lagi..
Genre puisi dan cerpen cuba ku selami...
Kali ini aku ditawarkan sebagai peserta bengkel penulisan cerpen anjuran
DBP dan PEN.. Sayangnya anak sulung ku tidak berpeluang seperti dahulu...
Bengkel ini adalah rentetan Bengkel Pendedahan Penulisan Cerpen di Inst. Imtiyaz dulu
Tidak mengapa... ilmu ini boleh dipanjang-panjangkan...
Malam tadi baru saja mula sesi pertama. Tak ramai peserta sekitar 20 orang sahaja.
Ramai bakat baru yang muda belia. Namun ada juga peserta berpangkat Dr dan guru seperti ku.
Ilmu tidak mengenal usia. Mana yang ada direbut segera.
Harapanku dari bengkel ini, aku bersemangat semula untuk mengembangkan minat dan bakat yang ada sejak dulu lagi....
Asal tidak ku peram seperti selalu karya-karyaku sudahlah...
Moga ada SUMBER INSPIRASI yang menggerakkan aku...
Mesti yang belum pasti....
Mesti yang tak pasti....
Mesti yang pasti...
Diceritakan oleh tangan terkapai sendiri...
....
Fantasi Di Imaginasi Kanvas Hati...
...
Moga aku dapat membentuk diriku sendiri...dalm bidang ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan