Sabtu, Disember 13, 2008

Bengkel Penulisan Kreatif -Cerpen

Syukur Alhamdullilah...
Aku diberi ruang dan peluang untuk meneguk secangkir ilmu
dari insan-insan yang berbakat dan berjaya dalam bidang penulisan
Sememangnya bidang penulisan adalah minatku dari zaman persekolahan lagi..
Genre puisi dan cerpen cuba ku selami...
Kali ini aku ditawarkan sebagai peserta bengkel penulisan cerpen anjuran
DBP dan PEN.. Sayangnya anak sulung ku tidak berpeluang seperti dahulu...
Bengkel ini adalah rentetan Bengkel Pendedahan Penulisan Cerpen di Inst. Imtiyaz dulu
Tidak mengapa... ilmu ini boleh dipanjang-panjangkan...
Malam tadi baru saja mula sesi pertama. Tak ramai peserta sekitar 20 orang sahaja.
Ramai bakat baru yang muda belia. Namun ada juga peserta berpangkat Dr dan guru seperti ku.
Ilmu tidak mengenal usia. Mana yang ada direbut segera.
Harapanku dari bengkel ini, aku bersemangat semula untuk mengembangkan minat dan bakat yang ada sejak dulu lagi....
Asal tidak ku peram seperti selalu karya-karyaku sudahlah...
Moga ada SUMBER INSPIRASI yang menggerakkan aku...
Mesti yang belum pasti....
Mesti yang tak pasti....
Mesti yang pasti...
Diceritakan oleh tangan terkapai sendiri...
....
Fantasi Di Imaginasi Kanvas Hati...
...
Moga aku dapat membentuk diriku sendiri...dalm bidang ini...
12 Disember.... 12/12... tarikh yang tidak mungkin terlupakan olehku
Sudah genap 2 tahun pemergiannya
2 tahun jugalah rindu ini ku tanggung
Rindu yang tak berpenghujung....
Ayahanda...
Meski 2 tahun berlalu...
Namun masih segar di ingatan ku
Detik terakhir ku tatap wajahmu
Masih terasa dingin dahimu
tatkala kucupan terakhir ku berikan
Masih tergambar senyuman terakhirmu itu...
Ayah...
Hanya ke hadrat Allah along doakan
Agar rohmu sentiasa dirahmati
Moga dirimu tenang di alam sana
Hanya salam penuh rindu ku titipkan lewat doaku...
Along rindu sangat-sangat pada ayah...
AL-FATIHAH...
amin...

Khamis, Disember 04, 2008

Alhamdullilah...
Berkat doa yang ku pohonkan
ternyata dimakbulkan Tuhan
Diberi kekuatan menahan perasaan
Dijauhkan dari melakukan kesilapan
.... Bersyukur
kerana aku masih sedar
siapa aku di antara siapa-siapa....

Rabu, Disember 03, 2008

Sedarkan aku ...

... PadaMu kupohonkan
sejuta kekuatan hati dan iman
jauhkan ku dari kealpaan
meski sekadar ujian kehidupan
takut tidak berkemampuan
menepis kenangan penuh keindahan

Tunjukkan ku jalan kebenaran
Sepanjang liku perjalanan
....

Selasa, Disember 02, 2008

Salam...

Ntah mengapa sepi melanda
tiba-tiba sebak terasa
terasa betapa kerdil diri tercipta
entah siapa aku di antara siapa-siapa
mengenang diri yang terkadang alpa
mengikut perasaan menggelodak jiwa
.....
aku sedar sekadar insan biasa...

Jumaat, November 28, 2008

Salam kepada teman-teman kenalan
Salam perkenalan bagi yang sudi berteman
Semasa cuti andai berkelapangan
Boleh diisi cerita dan kenangan
...

Salam Pembuka Bicara

Assalamualaikum...



Sekadar mencuba.. belajar membuat blog sendiri-sendiri saja...

Ingin berkongsi cerita dan menulis untuk menajamkan minda..

Siapa-siapa yang lebih berilmu dan sudi berbicara..

Sila-silakanlah dengan niat ikhlas jujur seadanya..